Thursday, October 27, 2016



Dari hati Dato’ Sri Hanni,JSD lahir dengan inspirasi kehebatan Jamu Susuk Dara yang mana rahsia ramuannya telah diwarisi sejak tahun 1850. Ianya adunan rempah Embah Roliyah Haji Ali dan ibunya yang telah datang dari Tanah Jawa sebelum Perang Dunia kedua lagi.

URL Submit Beliau merupakan seorang dukun bidan di Kampung Delek, Klang Selangor sebelum datangnya doktor-doktor Inggeris pada waktu itu. Kepakaran arwah Embah Roliyah adalah sakit puan, pengasihani dan pengaman rumah tangga.Ramuan khas tersebut dibuat untuk mengaburi malam pertama bagi gadis-gadis yang telah teraniaya kerana dirogol oleh askar-askar bangsa asing pada ketika itu atau yang telah menjadi mangsa kepada ilmu hitam.





Pengasas Jamu Susuk Dara adalah cucu beliau Puan Hani. Anak kepada Haji Borhan bin Haji Ali anak kepada Embah Roliyah.Ketika ayahandanya Haji Borhan bin Haji Ali pulang ke rahmatullah, Puan Hanni telah didatangi dengan peristiwa dan situasi yang aneh. 

Sehingga pada satu peristiwa itu, Puan Hani mengalami keguguran dan beliau bermimpi didatangi tiga orang penting iaitu arwah abang beliau, arwah Suhari Hj Borhan dengan senyuman.Arwah ayahanda beliau menyuruhnya untuk meminum air yang sangat pahit dan menggigit buah yang sangat keras. Arwah Embah Roliyah pula menyelimutkan Puan Hani dengan daun-daunan. (semua ini berlaku di dalam mimpi)

Setelah terjaga dari tidur dengan badan yang masih sangat lemah, Puan Hanni berkongsi pengalaman mimpinya dengan suami. Bermula dari saat itu, Puan Hanni mula mendekatkan diri dan mengenali herba-herba untuk kesihatan beliau sendiri dan dibimbing oleh ibundanya Puan Hajah Sanniyah Hj Yusof.


Sehabis pantang dan badan kembali sihat, Puan Hanni didatangi rakan-rakan yang bermasalah rumahtangga dan menghadapi dilema wanita. Sebagai rakan Puan Hani berkongsi pengalaman dan rahsia yang beliau amalkan.

Sehingga hari ini secara tidak langsung Puan Hanni telah melibatkan diri dengan pembuatan jamu di atas permintaan rakan-rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan permintaan tidak terhad dan meluas di kalangan wanita umum tidak kira bangsa, agama dan keturunan.Hingga kini, kepakaran Embah Roliyah diteruskan oleh pewarisnya itu. 

Puan Hanni Borhan yang memformulasikan semula resepi keluarga untuk membantu masalah wanita moden masa kini.Produk-produk Jamu Susuk Dara tidak melibatkan penggunaan sebarang kuasa sihir atau ilmu hitam, semuanya herba tulen dan tiada bahan pengawet.

 Rempah herba ini juga mampu mengeluarkan kekotoran di dalam vagina sekiranya ada dan membantu mengelakkan masalah kanser rahim yang sering berlaku pada zaman ini.




Selain itu ,Jamu Susuk Dara telah turut membuka peluang menambah pendapatan kepada ramai  wanita dan seterusnya membuka ruang perniagaan kepada usahawan wanita dan kini ada yang telah bertaraf jutawan.Sehingga ke hari ini 

Jamu Susuk Dara telah berkembang dengan sangat pesat dalam tempoh operasi yang singkat kerana kehebatan rangkaian produknya. Tambahan lagi keunikannya yang menyediakan khidmat nasihat dan runding cara secara peribadi tentang masalah keintiman wanita serta penggunaan produk.

Jenama Jamu Susuk Dara kini mengalami fasa baru dengan peningkatan kualiti  penghasilan produk-produk dan operasi perniagaannya di bawah jenama baru JSD, seiring dengan peningkatan permintaan para pengguna dan pasaran yang amat memberangsangkan.



DAPATKAN SEGERA  DARI AGEN BERDAFTAR


    Azlina
    Agen JSD Kedah
    Empayer Anggun Rafani
    0195599705
    Cod Alor Setar,
    Pos seluruh Malaysia




DIANTARA PRODUK YANG HOT 

(KLIK PADA NAMA PRODUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT)